Saturday, April 5, 2008

Pemuda Masjid Malaysia tubuh pasukan sukarelawan
Roy Rasul
Fri | Apr 04, 08 | 11:18:12 am MYT

KUALA LUMPUR, 4 April (Hrkh) - Dewan Pemuda Masjid Malaysia akan melancarkan penubuhan Pasukan Sukarelawan Pemuda Masjid peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur/Lembah Klang pada 6 April ini di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta.

Menurut Pengarah Eksekutifnya, Mohd Taqiuddin Abdullah, pelancaran tersebut akan disempurnakan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Katanya, dalam satu kenyataan, objektif penubuhan pasukan sukarelawan pemuda masjid adalah bagi menggembeleng dan menggerakkan tenaga generasi muda menjalankan pelbagai aktiviti keagamaan dan kebajikan di samping memberi bantuan kemasyarakatan, kecemasan mahupun bencana alam.

Katanya, seramai 1000 peserta sukarelawan pemuda masjid akan hadir di hari tersebut.

"Sebagai simbolik kekentalan semangat sukarelawan, satu upacara kawad perbarisan akan diadakan dan disusuli dengan bacaan ayat suci al-Quran oleh Amir Rahman.

"Di majlis tersebut juga kami akan menyampaikan hadiah kepada pelajar terbaik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2007, Azali Azlan sebagai Penerima Anugerah Cemerlang Pemuda Masjid," katanya. - mks.

No comments: