Sunday, April 13, 2008

TEGURAN MUFTI PERLIS KEPADA PEMERINTAH

Jika Pemerintah Bertaubat Dengan Taubat Nasuha..
Posted on Apr 13, 2008 under Ibadat |

Kita semua wajar bersikap adil. Pilihanraya telah pun berlalu. Kita mengundi untuk kebaikan negara. Kita inginkan perubahan ke arah yang lebih positif, adil dan telus. Mesej rakyat kepada parti-parti politik dalam perkara tersebut sudah pun difahami oleh mereka.

Hari ini usaha-usaha ke arah hasrat tersebut kelihatannya sedang giat dilaksanakan. Kerajaan pusat juga telah merangka berbagai cadangan dan gagasan agar ketelusan dan keadilan dapat dilaksanakan. Demikian juga sesetengah kerajaan negeri yang baru dan yang lama. Sokonglah usaha-usaha yang baik serta berikanlah kritikan yang membina.

Politik bukan untuk membalas dendam atau ruang mencurahkan emosi yang tidak sudah-sudah. Sebaliknya, berpolitiklah untuk keadilan dan kebahagiaan kehidupan manusia di dunia dan akhirat. Malanglah kita orang Islam apabila berbalah, melampaui batas. Sedangkan Nabi s.a.w bersabda: “Manusia yang paling Allah benci ialah yang berkeras kepala dalam perbalahan” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Dukacitalah kita ini, jika dalam percaturan politik kita umat Islam, ‘orang lain’ yang mendapat banyak manfaat dan berjaya memperolehi berbagai tuntutan, sedangkan kita hanya menang ‘tuduh menuduh, bertengkar, bermasam muka, gelar menggelar dan segala macam racun yang lain. Ketika orang lain yang semalamnya bagaikan musuh yang sengit, hari ini sedang berpelukan meraikan kejayaan memperolehi segala macam tuntutan, kita masih lagi bagaikan‘sedang mengasah parang’ untuk meneruskan kematian.

Tuhan sentiasa membuka pintu taubat untuk insan yang bersalah berubah kepada yang lebih baik. Bila-bila masa sahaja taubat itu terbuka apabila timbulnya keinsafan dan kesedaran. Mungkin kesedaran dan keinsafan itu timbul hasil dari nasihat, atau kejadian dan peristiwa tertentu. Kadang-kala insan yang begitu jahat, berubah menjadi insaf disebabkan ketakutan atau penderitaan tertentu, atau peristiwa trajis yang meleburkan keegoannya.

Tidaklah penting apa pun sebab keinsafan itu lahir. Apa yang penting bagaimanakah keinsafan itu dihayati. Maka insan yang insaf disuruh bertaubat dengan taubat yang sebenar atau disebut sebagai taubah nasuha. Allah menyebut dalam Surah al-Tahrim ayat 8 : (maksudnya): Wahai orang-orang yang beriman! bertaubatlah kamu kepada Allah dengan ” taubat nasuha”, Mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai..

Terlaksananya taubat yang sebenar itu dengan seseorang insan menyesali kesalahannya, memohon keampunan daripada Allah dan berazam untuk tidak mengulanginya lagi. Jika kesalahan itu membabitkan insan yang lain, maka dia hendaklah membetulkannya dengan mengembalikan hak yang diambil, atau menafikan tuduhan yang dilemparkan.

Jika itu berlaku, maka mereka akan insan tersebut janji Allah dalam firmanNya: (maksudnya) “Kecuali orang yang bertaubat dan beriman serta mengerjakan amal soleh, maka mereka itu Allah akan gantikan (pada tempat) kejahatan mereka dengan kebaikan; dan adalah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Surah al-Furqan: 70).

Saya ingin katakan bahawa peristiwa pilihanraya yang lepas, perkara yang pertama yang mesti dilakukan oleh pihak pemerintah bagi mengeluarkan diri semua dari krisis dan kegawatan politik yang saban hari mengganggu kita semua adalah dengan cara bertaubat kepada Allah dengan taubat nasuha. Segala kesalahan, ketidakadilan, ketidaktelusan, kecuaian atas tanggunjawab yang Allah amanahkan selama ini hendaklah benar-benar insaf dan memohon ampun daripada Allah.

Kedua; hendaklah berazam untuk tidak mengulanginya lagi pada masa hadapan.

Ketiga: jika ada hak rakyat yang dizalimi, kembalikan hak mereka. Jika ini dilakukan, percayalah kepada rahmat Allah yang akan melimpahi negara dan kepimpinan akan terus dapat keberkatan dalam pemerintahan yang akan diteruskan. Dengarlah kata-kata Nabi Hud a.s kepada kaumnya seperti dalam Surah Hud ayat 52: (maksudnya) “Dan wahai kaumku! mintalah ampun kepada Tuhan kamu, kemudian kembalilah taat kepadaNya, supaya ia menghantarkan kepada kamu hujan lebat serta menambahkan kamu kekuatan di samping kekuatan kamu yang sedia ada; dan janganlah kamu membelakangkan seruanku dengan terus melakukan dosa”.

Inilah penawar bala yang telah dibuka rahsianya oleh Nabi Hud a.s., dan inilah juga yang pernah disebut oleh Nabi Nuh a.s. sebelum itu kepada kaumnya. Kata Nabi Nuh seperti dalam Surah Nuh ayat 10-12: (maksudnya) “Sehingga Aku berkata (kepada mereka): `Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, Sesungguhnya Dia Maha Pengampun. (Sekiranya kamu berbuat demikian), Dia akan menghantarkan hujan lebat mencurah-curah, kepada kamu. Dan Dia akan memberi kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan serta anak-pinak; dan ia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman, serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai (yang mengalir di dalamnya)”.

Ayat-ayat ini menjelaskan bahawa memohon ampun daripada Allah membolehkan rahmat dan keberkatan diturunkan. Allah menambahkan dengan taubat rezeki yang mencurah-curah, kekuatan, harta dan anak-pinak. Maka bertaubatlah wahai para pemerintah, agar kedamaian, ketenteraman dan kemakmuran akan dikecapi di bawah pemerintahan anda.

Pasca politik kini adalah ujian untuk kepimpinan negara. Bukan masa untuk menunjukkan ego, atau mencari-cari di mana silap orang lain, tapi melupai dosa-dosa politik yang pernah dilakukan. Masa ini sepatutnya kepimpinan negara di setiap peringkat menunjukkan tadarru’ iatu benar-benar merendah diri kepada Allah dan memohon keampunan daripadanya.

Kita ingin mendengar kepimpinan memohon kemaafan kepada rakyat di atas segala kesilapan yang pernah berlaku sepanjang pentadbiran yang lalu. Inilah yang akan mendatangkan keberkatan dan menimbulkan rasa hormat rakyat. Ingatlah amaran Allah apabila sesuatu bala atau ujian ditimpakan kepada sesuatu kaum dalam firmanNya: (maksudnya) “Dan Demi sesungguhnya Kami telah utuskan Rasul-rasul kepada umat-umat yang terdahulu daripadamu (lalu mereka mendustakannya), maka Kami seksakan mereka dengan kesusahan dan penyakit, supaya mereka merendah diri (insaf dan bertaubat).

Maka Alangkah eloknya kalau mereka merendah diri (insaf dan bertaubat) ketika mereka ditimpa azab Kami? tetapi yang sebenarnya hati mereka keras (tidak mahu menerima kebenaran), dan syaitan pula memperelokkan pada (pandangan) mereka apa yang mereka telah lakukan. Kemudian apabila mereka melupakan apa yang telah diperingatkan mereka dengannya, Kami bukakan kepada mereka pintu-pintu segala perkara (kemewahan dan kesenangan), sehingga apabila mereka bergembira dengan segala nikmat yang diberikan kepada mereka, Kami timpakan mereka secara mengejut (dengan bala bencana yang membinasakan), maka mereka pun berputus asa (dari mendapat sebarang pertolongan)”.

Ya Allah! Peliharalah kami dari balaMu! Lihatlah Keamanan kita juga dirasakan makin terhakis saban hari. Kejadian-kejadian yang meragut ketenteraman mula bertali arus. Setiap kita mula bimbang dan risau atas keselamatan diri dan keluarga sekalipun berada dalam rumah sendiri. Polis pun tidak dapat menyelesaikan ketakutan seperti itu. Wahai pemerintah! Hanya Allah yang dapat mengeluarkan kita dari semua itu. Kembalilah kepadaNya!

Perubahan yang berteraskan taubat kepada Allah perlu dilakukan. Kepimpinan utama mestilah tegas dan ikhlas. Insan-insan yang telah terlibat dengan penyelewengan harta rakyat hendaklah dipupuskan. Mereka perlu disiasat secara telus. Bagaimana mungkin kepentingan negara yang diamanahkan untuk dijalankan, lalu dijadikan sumber kekayaan diri yang luar biasa.

Janganlah dihitung sebesar mana pun kedudukannya, atau serapat manapun persahabatan dengannya. Hak rakyat mestilah dipelihara. Tergamakkah seorang insan yang mengaku beriman memenuhi diri dengan kemewahan harta rakyat, sedangkan berapa ramai rakyat yang masih miskin dan susah, hidup dibanjiri airmata.

Bertaubatlah, kembalikan hak-hak rakyat, belalah mereka yang teraniaya. Jika orang kaya yang dizalimi, ada peguam yang dapat membawa kesnya ke mahkamah. Si miskin yang susah apabila ditindas, tiada peguam yang mampu dibayar, maka tidak ada mahkamah yang sudi mendengar. Namun esakan dan tangisan itu tetap didengari oleh Allah Yang Maha Mendengar. Rintihan itu sampai ke langit tinggi dan Allah akan membalasnya.

Wahai pemimpin! Jika engkau tidak adil, engkau akan didakwa di mahkamah Allah di pandang mahsyar kelak. Juga, jika dosa orang kena zalim itu mustajab di dunia, engkau akan dibalas di dunia dan akhirat. Wahai pemimpin! Bertaubatlah.

Para pemimpin adalah contoh untuk sekelian rakyat di bawah mereka. Mereka diperhatikan. Kemewahan mereka –jika tidak betul cara- menjadi tanda tanya. Sikap dan perwatakan mereka dipersoalkan. Demikian jugalah anak isteri mereka. Gaya yang berlebih-lebihan membuat rakyat merasa jelak. Ada yang sehingga ketika artis hindustan datang ke Malaysia yang terlebih boollywood dari boollywood. Sedangkan dia isteri orang besar.

Sebabnya, ramai seketika dulu merasakan mereka manusia kebal yang tidak mungkin ditumbangkan. Mereka lupa bahawa rakyat sedang merasa mual. Jika pemimpin itu bercakap Islam, buktikanlah menerusi percakapan, pendekatan, sikap dan juga pakaian anak isteri. Jangan berlebih-lebihan, tetapi bersederhanalah dan ikut peraturan. Rakyat tidak bertanya, berapa harga ‘make-up’ datin? Tetapi rakyat akan selalu mengingati kehalusan akhlak dan budi.

Allah pula suka kepada yang merendah diri dan menyayangi sesama muslim. Manusia ini bagaimana pun wataknya, hati nuraninya akan terasa hormat kepada orang yang mengingati Allah dalam ertikata yang sebenar. Diterjemahkan ingatan itu dalam bentuk tawaduk dan ketertiban sikap. Wahai pemimpin! Lakukanlah perubahan kerana Allah dalam hal ini. Nanti rakyat akan menyayangi anda.

Hala tuju negara hendaklah digaris dengan jelas. Saya kadang-kala melihat seakan generasi muda melayu Islam di negara ini dicandukan agar tidak lagi mampu berfikir dengan seimbang. Hiburan-hiburan yang melebihi dari tahap keperluan dan tidak memiliki matlamat yang jelas seakan sengaja dilambakkan untuk hidangan mereka. Inilah yang kelihatan dalam media-media kita sedangkan ketika yang sama gendang ‘Islam Hadhari’ dipalukan. Sebagai tanda restu atau sebaliknya, saya tidak pasti. Lalu anak muda kita dalam khayal dan mabuk, dadah, keruntuhan akhlak dan berbagai.

Maka tidak hairanlah jika mereka tidak mempunyai pandangan yang jelas dan terurus tentang masa depan negara. Lalu kita bising hilangnya nilai-nilai patriotik dalam jiwa jenerasi baru, padahal kita sendiri yang seakan memandulkan minda dan fitrah mereka. Barangkali kita suka, kerana dengan demikian, mereka tidak banyak mempersoalkan kita. Mendidik rakyat adalah tanggungjawab pemimpin yang Allah amanahkan. Bertaubatlah kepada Allah, betulkan perjalanan masa depan negara ini.

Banyak perkara yang patut saya komen tentang Islam Hadhari. Sejak dahulu saya selalu mengelakkan dari menyebut jenama yang mengundang ‘seribu kekeliruan itu’. Saya akan menulis tajuk khas mengenainya, insya Allah. Apa yang penting banyak perkara perlu dibetulkan. Bertaubat!. Kembalilah kepada Islam yang murni lagi asal seperti zaman Nabi s.a.w. Islam yang terbukti membangunkan kehidupan masyarakat yang aman lagi harmoni dunia dan akhirat. Tokok tambah agama hanya menghilangkan keaslian dan keberkatan dari Allah.

Wahai pemimpin! Pena saya tidak menzalimi anda. Sudah setahun, saban minggu ayat-ayatnya berbaris di sini. Bukan untuk menjatuhkan, tetapi mengajak melihat bersama laluan di hadapan. Allah yang memberi kuasa kepada sesiapa yang Dia kehendaki, dan mencabutnya dari sesiapa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya taubat adalah penghalang bala bencana. Firman Allah: “Dan Allah tidak akan menyeksa mereka sedangkan mereka beristighfar (meminta ampun)”. (Surah al-Anfal: 33).

Maka, jadikanlah kerajaan yang sedang merubah dirinya itu sebagai kerajaan yang bertaubat dari segala bentuk ketidakadilan dan ketidaktelusan. Seperti mana insan yang bertaubat, kelihatan bersih bercahaya dan merendah diri kepada Allah, demikian hendaknya kerajaan yang bertaubat.

Terjemahkanlah taubat itu dalam kepimpinan, pengurusan, media dan hati budi pemimpin. Pohonlah kemaafan kepada rakyat, dan kembalikan hak mereka jika ada yang ‘tidak kena’. Demikianlah juga hendaknya sekelian rakyat memohon keampunan dan kembali kepada jalan yang lurus. Inilah jalan keluar yang hakiki dari kemelutkan yang ada.

Jika itu berlaku maka, Allah berfirman: (maksudnya) “Dan sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka segala keberkatan dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (Rasul kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan”. (Surah al-‘Araf: 96).

Saturday, April 12, 2008

MASJID MASYARAKAT CINA DI INDONESIA

MASJID MASYARAKAT CINA DI INDONESIA


Masjid Tan Hock Liang di Indonesia melangkaui batas bahawa Islam hanyalah untuk golongan orang-orang tertentu sahaja.

Wednesday, April 9, 2008

Celebrating the Prophet’s Birth An Innovation of Guidance


Celebrating the Prophet’s Birth An Innovation of Guidance

Among the great innovations of guidance is the annual celebration of the Prophet’s birth (Mawlid un-Nabiyy). This event is commemorated by Muslims all over the world who join together for such rewardable deeds as reciting from the Qur’an, chanting Islamic praises, telling the story of the Prophet’s birth, teaching Religious Knowledge, slaughtering animals to feed to the poor, and gathering to thank and praise Allah and ask Him to exalt the honor of Prophet Muhammad, sallallahu ^alayhi wa sallam. The honorable, knowledgeable, and righteous ruler: al-Mudhaffar, the King of Irbil{1}, initiated this practice about 900 years ago, and he was praised by Muslim scholars of Islam--among them the Egyptian hafidhs: Ibn Hajar al-^Asqalaniyy and Jalal ud-Din as-Suyutiyy. The famous scholar of hadith, Abul-Khattab Ibn Dihyah, wrote a book for the king especially to be read during the mawlid celebration, and there are no great Muslim scholars who dispraised this innovated celebration.

The basis for commemorating honorable events repeatedly every year is evidenced in the Sunnah of the Prophet. As related by al-Bukhariyy, when the Prophet emigrated to al-Madinah he found the Jews fasting, so he asked them why they fasted on the 10th of Muharram{2}. They told the Prophet they do so to commemorate the day Allah saved Prophet Moses (Musa) and the Tribes of Israel (Isra’il) from the tyranny of the Pharaoh. It was revealed to the Prophet what the Jews said was true, so Prophet Muhammad told them: "We are more deserving of Moses (Musa) than you." He said this because Prophet Moses (Musa) was Muslim. Prophet Muhammad ordered the Muslims to fast the 9th and 10th of Muharram, and this Sunnah is still practiced today.

To celebrate the birth of the Prophet by doing rewardable deeds-- that can be done on any day of the year--is considered an innovated practice because this was not done at the time of the Prophet. Although this innovation was praised by the Muslim scholars of Islam, some people consider any innovation an innovation of misguidance. Those who consider any innovation an innovation of misguidance have been misled, because there are two sahih hadiths which support celebrating such an event. Imam Muslim related, through the route of Jarir Ibn ^Abdullah, the Prophet said:

Image

which means: <<The one who innovates a good innovation in Islam has its reward and a reward similar to those who follow him in it--until the Day of Judgment--without lessening their reward. The one who innovates an innovation of misguidance would be sinful for it and has sins similar to those who follow him in it--until the Day of Judgment--without lessening their sins.>> There are two types of innovations mentioned in this hadith: the innovations of guidance and the innovations of misguidance.

What complies with the Qur’an, the Sunnah, the Ijma^ (scholarly consensus), and the sayings and practices of the Companions is an innovation of guidance, and what contradicts the Qur’an, the Sunnah, the Ijma^, and the sayings and actions of the Companions is an innovation of misguidance. This definition of the two types of innovations was given by many knowledgeable and trustworthy scholars of Islam; among them Imam ash-Shafi^iyy, Imam an-Nawawiyy, al-Bayhaqiyy, and the Hafidh, Ibn Hajar al-^Asqalaniyy.

It is apparent Muslims have not gone astray in celebrating the birth of the Prophet, based upon the aforementioned hadith, because the deeds practiced during this event are considered rewardable by the standards of the Religion, and in line with the definition of innovations of guidance. Unfortunately, there are some people who misinterpret a sahih hadith related by Abu Dawud:

Image

which means: <> Those who are misguided interpret the word Image (kul) as ‘every’ and thus claim this hadith means: "Every innovation is an innovation of misguidance. Their claim is unfounded for two reasons. Linguistically, this hadith is similar to the hadith related by al-Bayhaqiyy:

Image

which clearly does not mean: "Every eye gazes the look of the adulterer;" rather, "Most people are guilty of the forbidden look." The person blind since birth would surely not have the forbidden look, and it is known the Prophets would never commit such an abject sin. The word Image (kul) as used in both hadiths refers to ‘most,’ although it can mean "every" it does not mean this in all cases.

As a matter of fact, in the explanation of Sahih Muslim, an-Nawawiyy said: "The saying of the Prophet, sallallahu ^alayhi wa sallam, Image is among the terms which are Image (^am makhsus) i.e., a general statement giving a specific meaning; which is a known field in Islam, and the meaning of the hadith is "most innovations are innovations of misguidance." This field the Image is seen in the Qur’an in Ayah 25 of Surat al-Ahqaf: Image which means the wind Allah sent as punishment to the people of ^Ad demolished most of the things.

To accept the meaning: "Every innovation is an innovation of misguidance," as the meaning of the sahih hadith related by Abu Dawud would negate the sahih hadith related by Imam Muslim which specifies two types of innovations: the innovations of guidance and the innovations of misguidance. In the rules of the Religion it is not permissible to interpret two sahih hadiths in contradiction to one another, therefore we know the true meaning.

Although most innovations are innovations of misguidance, there are numerous examples of Religiously acceptable innovations. During the Caliphate of ^Umar Ibnul Khattab, ^Umar initiated the gathering of people in Ramadan to pray the Tarawih Prayer in congregation. When he saw the people performing this prayer in congregation he said:

Image

which means: "What a good innovation that is!" The high status of ^Umar Ibnul Khattab is known, thus it is important to point out ^Umar used the explicit term Image "innovation" in his praise. If all innovations were misguided--as some claim--^Umar would not have innovated this practice, nor expressed this praise, yet both al-Bukhariyy and Muslim related this incident. During the era of the followers of the Companions of the Prophet, another praise-worthy innovation took place. Initially, letters like the ba, ta, tha, and ya, did not have dots above or below them. This practice of distinguishing between the letters by using this notation began after the time of the Prophet.

Since the time of the Prophet, many innovations have been adopted. Remembering the birth of the Prophet by doing rewardable deeds is a praise-worthy innovation. It is an honorable event and special to Muslims throughout the world. We rejoice in being members of the greatest nation of Islam--the nation of Muhammad--who was the best Prophet and the best creation of Allah. In Surat Al ^Imran, Ayah 110, Allah said:

Image

which means: [You are the best of nations brought forth to the people; bidding the lawful (ma^ruf) forbidding the unlawful (munkar), and believing in Allah.] This verse means this nation is the best of nations by virtue of its Prophet," as explained by the scholars of Islam. Muslims are thankful to Allah for the blessings of Islam and for being among the followers of Muhammad. In Surat Al ^Imran, Ayah 31, Allah said:

Image

which means [If you love Allah, then follow the Prophet, and Allah will love you.] It is fitting to honor the Prophet. The Mawlid (the celebration of his birth) has a great benefit: it inspires the heart to have a more profound love for the Prophet.

For more details about this matter and other innovations, please see our pamphlet entitled: Innovations of Guidance are Rewardable , published by the Association of Islamic Charitable Projects.

Monday, April 7, 2008

SURAH AL-BAQARAH : 235

SURAH AL-BAQARAH : 235


SURAHAL-BAQARAH : 235

وَلَا جُنَاحَ عَلَيْكُمْ فِيمَا عَرَّضْتُمْ
[1] بِهِ مِنْ خِطْبَةِ النِّسَاءِ[2] أَوْ أَكْنَنْتُمْ فِي أَنْفُسِكُمْ[3] عَلِمَ اللَّهُ أَنَّكُمْ سَتَذْكُرُونَهُنَّ [4]وَلَكِنْ لَا تُوَاعِدُوهُنَّ سِرًّا[5] إِلَّا أَنْ تَقُولُوا قَوْلًا مَعْرُوفًا[6] وَلَا تَعْزِمُوا عُقْدَةَ[7] النِّكَاحِ[8] حَتَّى يَبْلُغَ الْكِتَابُ[9] أَجَلَهُ[10] وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ يَعْلَمُ مَا فِي أَنْفُسِكُمْ[11] فَاحْذَرُوهُ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ غَفُورٌ حَلِيمٌ

Maksudnya;
“Dan tidak ada dosa bagi kamu meminang wanita-wanita itu dengan sindiran atau kamu menyembunyikan (keinginan mengawini mereka) dalam hatimu. Allah mengetahui bahwa kamu akan menyebut-nyebut mereka, dalam pada itu janganlah kamu mengadakan janji kawin dengan mereka secara rahasia, kecuali sekedar mengucapkan (kepada mereka) perkataan yang ma'ruf. Dan janganlah kamu ber'azam (bertetap hati) untuk beraqad nikah, sebelum habis 'iddahnya. Dan ketahuilah bahwasanya Allah mengetahui apa yang ada dalam hatimu; maka takutlah kepada-Nya, dan ketahuilah bahwa Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyantun.”

[1]

a. makna “ta’ridh” adalah lawan bagi “bercakap dengan jelas”. Atau disebut juga sebagai “sindiran.”


b. Maksudnya, dia bercakap dengan sesuatu kalimah yang pada pandangan zahir ayatnya tidak menuju kepada maksud yang dikehendaki. Dia menyebut satu kalimah, yang kalimah itu boleh diandaikan beberapa tafsir.


c. Misalnya, seperti seseorang bercakap dengan seorang yang berani. Kamu ini memang harimau sungguh.


[2]

a. Khitbah bermaksud tuning. Asal kalimah adalah, khitab yang memberi maskud “bercakap”.


b. Tunang ini terjadi dengan wujudnya percakapan antara pihak lelaki dan pihak perempuan.


c. dalam masalah tunang, ada beberapa bentuk yang perlu diketahu, iaitu seperti berikut;


a. harus tunang akan perempuan, samada dengan kalimah “Tasrih” atau dengan kalimah “Ta’ridh” – ia dibenarkan kepada perempuan yang sudah tiada suami dan sudah tiada iddah. Sebab, ketika itu dia sudah boleh berkahwin dengan lelaki yang lain.


b. tidak boleh tunang kepada perempuan yang sudah menjadi tunang orang.

Daripada Abdullah bin Omar, Sabda Nabi SAW;

لا يخطبن أحدكم على خطبة أخيه

Maksudnya;
“Tidak boleh pinang seseorang kamu akan perempuan yang sudah dipinang oleh saudara kamu”

Maksud hadis ini, sekiranya perempuan telah dipinang, lalu diterima dengan “tasrih”, ketika itu, tidak dibenarkan kepada orang lain meminang perempuan itu.

Tetapi, kalau yang menerima pinangan itu adalah ayah kepada perempuan, bukan dirinya sendiri, ketika itu, perempuan tersebut harus dipinang oleh lelaki yang lain.

Sekiranya perempuan itu dipinang, dan dia memang mengetahui bahawa dia dipinang, tetapi dia tidak menyebut secara “tasrih” bahawa dia menerima pinangan itu, dalam masalah ini, mazhab As-Syafii ada menyatakan;

Boleh orang lain pinang perempuan tadi, ianya adalah kerana, diam perempuan dari menyatakan persetujuan itu merupakan tanda dia tidak bersetuju.

Menurut mereka, diamnya perempuan, walaupun tidak menunjuk atas ridha, juga bukan bermaksud dia juga benci. Maka dengan demikian, antara cara untuk memastikan maksud diamnya itu, dengan dipinang kali kedua, maka ketika itu, nyatakan maksud diam perempuan yang dipinang, samada ridha atau tidak. dari itu, hukumnya harus disisi Syafii.

c. Tidak boleh dipinang secara “tasrih” dan juga “ta’ridh” –


i. iaitu sekiranya perempuan itu sudah menjadi isteri orang. Ini adalah kerana, dengan pinangan itu akan merosakkan keadaan rumah tangga bagi perempuan itu dengan suaminya.


ii. Juga ketika perempuan itu dalam iddaah rajii. Kerana, ketika itu perempuan tersebut masih dibawah kuasa suaminya yang mentalakkan tersebut.


d. Harus pinang perempuan secara ”ta’ridh” (tetapi tidak boleh dengan ”Tasrih” bagi perempuan yang kematian suaminya. Dalilnya adalah ayat yang dibincangkan ini.


e. Harus pinang perempuan dengan cara ”Ta’ridh”, tetapi ianya dilihat ”tidak elok” oleh Imam As-Syafii.


f. Perempuan yang dicerai suami dengan tiga talak. Dalam hal ini ada dua bentuk;


i. Yang pinangg itu adalah suami yang mentalak – boleh pinang dalam keadaan “tasrih” dan “ta’ridh” – umpama dia kata, kalau kamu dah bercerai dengan suami baru nanti, aku akan kahwin dengan kamu lah....


ii. Adapun lelaki yang lain yang hendak pinang perempuan yang telah ditalak 3, dalam masa iddah, tidak harus pinang dengan lafaz Tasrih. Adapun dengan lafaz “ta’ridh” ada kekhilafan;


1. harus – hukumnya seperti isteri kematian suami


2. tidak harus – pendapat ini yang paling kuat.


g. Pada ”sindiran” untuk pinang perempuan ini ada banyak bentuk yang disebut oleh ulama. Antara seperti berkata ”kamu ni cantik”, ”rugilah kalau orang tak nak kat kamu yang soleh ni atau cantik ni”, atau seorang duda bercakap dengan seorang perempuan kematian suami, aku ni lama dah duda”, ”aku ni suka sangat perempuan ciri-cirinya begian-begian-begian, sambil menyebut ciri-ciri perempuan tersebut, ”aku mengharapkan, agar Allah hadiahkan seorang perempuan yang begian-begian-begian’,


h. Pada zaman nabi dahulu, FATIMAH BINTI QAIS telah diceraikan oleh suaminya yang bernama ABU AMR BIN HAFS pada kali ketiga. Baginda SAW berjumpa dengan Fatimah dan berkata, kalau kamu dah halal, bagitau kepada aku !!!!.apabila habis Iddah, USAMAH BIN ZAID telah meminang Fatimah dan berkahwin dengannya.


i. Perempuan yang masih beriddah rajii, tidak halal pinang dengan cara tasrih dan ta’ridh, melainkan suaminya sahaja, yang dibenarkan pinang dengan kalimah Tasrih dan Ta’ridh.


d. Tunang yang dibincangkan ini, berlaku kepada dua golongan, iaitu;


a. Kepada wali kepada perempuan – seperti dia kata, wahai pak cik, jangan kamu mendahului ku terhadap anak kamu itu.


b. Kepada perempuan yang masih beriddah itu sendiri.


e. Dalam masalah tunang, kalau kita puji diri sendiri, itu dibenarkan (tidak makruh), tetapi kalau puji diri sendiri tanpa sebab yang syarii, perbuatan adalah kurang adab.

Perkara dilakukan oleh Abu Ja’Far Muhammad bin Ali bin Husin ketika berkata kepada Sakinah binti Hanzalah dengan katanya;

قَدْ عَرَفْت قَرَابَتِي مِنْ رَسُول اللَّه صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَقَرَابَتِي مِنْ عَلِيّ وَمَوْضِعِي فِي الْعَرَب

Maksudnya;
”Kamu kan sudah tahu kerabat aku dengan Rasulullah dan kerabatku dengan Ali dan kedudukan aku dikalangan arab”

Apabila menyebut perkara itu, Sakinah berkata, ”mudah-mudahan Allah ampun dosa kamu, kamu telah pinang aku semasa aku sedang beriddah”. Abu Ja’far Muhammad berkata;

إِنَّمَا أَخْبَرْتُك بِقَرَابَتِي مِنْ رَسُول اللَّه صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَمِنْ عَلِيّ

Maksudnya;
”aku hanya bagitau kepada kamu, bahawa kerabatnya aku dengan Rasulullah SAW dan dengan Ali”

Begitujuga, ketika nabi SAW sindir Ummu Salamah ketika sedang beriddah dengan kematian Abu Salamah dengan kata Baginda;

لَقَدْ عَلِمْت أَنِّي رَسُول اللَّه وَخِيرَته وَمَوْضِعِي فِي قَوْمِي

Maksudnya;
”Kamu telah mengetahui bahawa aku adalah Rasulullah, kemulian dan keududkan akan dikalangan kaumku”

f. Memberi hadiah dengan niat tunah juga adalah harus. Ia juga bermaksud ”sindiran” juga.


[3]

a. “iknan” bermaksud “Ikhfa’” iaitu menyembunyikan dalam hati. Menyembunyikan itu adalah dengan tujuan agar tidak diketahui oleh orang lain.


b. Tidak salah menyimpan perasaan hendak pinang perempuan yang telah kematian suaminya.


c. Pinang itu, bermula dengan dengan kehendak yang tersimpan dalam hati.


d. Kalau sindiran pun sudah boleh, maka lebih-lebih lagi dengan simpan kehendak dalam hati.


[4]

a. manusia itu mempunyai kehendak yang sering dipendam. Tetapi, ianya kadangkala tidak lama, menyebabkan apa yang dipendamkan itu tidak cukup sekadar berazam dan berharap sahaja, maka sudah pasti akan terbuka. Maka dengan itu, Allah mengharuskan, kerana melihat kepada fitrah kemanusiaan itu.


[5]

a. dia boleh sebut secara sindiran untuk pinang perempuan tersebut, tetapi tidak boleh dalam keadaan menyebut perkara-perkara rahsia, seperti sebut pasal jimak atau “Ar-Rafas”.


b. Jimak atau wati, dilakukan dalam keadaan senyap-senyap, maka sebab itu, ulama tafsirkan maksud berjanji dengan senyap adalah, berjanji untuk melakukan jimak.


c. Menyebut itu adalah haram, sebab menyebut perkara tersebut antara lelaki dan perempuan ajnabi adalah haram.


d. Ada ulama tafsirkan, Mengadakan perjanjian rahsia (perjanjian sulit) antara lelaki dan perempuan yang belum habis iddah adalah haram, sebab sudah pasti akan ada pertemuan empat mata yang dikira sebagai Khalwat.


e. Tafsiran lain, ayat ini melarang dari seorang lelaki itu berjanji dengan perempuan tersebut, bahawa dia tidak akan kahwin melainkan dengan perempuan tersebut sahaja.


f. Ibnu Abbas menafsirkan ayat ini dengan berkata, tidak boleh menyebut kepada perempuan yang dalam Iddah itu seperti menyebut “aku terlalu rindu, dan berjanjilah agar kamu tidak berkahwin melainkan dengan aku”


g. Tafsiran : jangan dia berjanji senyap untuk kahwin selepas habis iddah, tetapi sebelum habis iddah tu, mereka berzina dahulu.


h. Tafsiran : lelaki tidak boleh dok cerita tentang kegagahannya tentang jimak, dengan harapan perempuan suka kepadanya. Menceritakan tentang jimak kepada perempuan yang bukan isteri adalah haram.


[6]

a. maksudnya, dalam ayat lepas Allah tidak izin berjanji secara senyap. Dalam ayat ini Allah menyatakan kebenaran berjanji senyap itu, iaitu berjanji dalam perkara ma’ruf, seperti berjanji akan melakukan ihsan kepadanya, menjaganya, memberi jaminan kehidupan dan sebagainya.


[7]

a. “’Uqdah” bermakna ikat. Nikah disebut sebagai Aqad sebab dalam nikah ada unsur mengikat antara dua orang yang berkahwin.


[8]

a. azam bermaksud, menyimpan sesuatu perasaan untuk melakukan sesuatu perkara di masa akan datang.


b. Ada juga azam bermaksud lawan bagi Rukhsah. Maknanya, tidak dapat tidak, dilarang sama sekali kamu dari melakukan aqad untuk berkahwin dengan perempuan yang masih beriddah. Ini adalah tafsiran yang paling tepat.


[9]

a. Al-Kitab bermaksud tulis. Ianya ditafsirkan dalam ayat ini sebagai kewajipan yang perlu ditunaikan.


b. Ia adalah ketetapan yang telah ditet
apkan oleh Allah.

[10]

a. ayat ini merupakan penegasan Allah atas larangan aqad nikah dengan berkahwin dengan perempuan yang masih beriddah.


b. Ijmak ulama mengatakan, tidak sah aqad nikah sekiranya berlaku kepada perempuan yang masih lagi beriddah.


c. Perempuan yang masih beriiddah, lalu berkahwin dengan seseorag lelaki. Apabila diketahui, maka hendaklah dipisahkan keduanya. Lalu, adakah boleh dia berkahwin balik??? Dalam isu ini, berlaku khilaf ;


a. Jumhur : boleh berkahwin balik


b. Maliki : tidak boleh, sebab merujuk kepada fatwa Omar yang mengartakan tidak boleh. Mereka beralasan dengan kaedah Fiqh, barangsiapa yang segera dari masa yang ditetapkan, diakibatkan atas pengharaman. Seperti orang yang membunuh tidak boleh mewarisi harta.


[11]

a. ayat ini, Allah mengugut manusia agar manusia tidak melanggar arahan Allah samada secara zahir atau batin.


b. Kalau kamu bercita-cita kebaikan atau kejahatan terhadap permpuan itu, semuanya dibawah pengetahuan Allah.



Al-Bakistani

MAAHAD AS SOFA

REMBAU 9 September - Selepas kejayaan menggerakkan dua pusat tahfiz di Kuala Lumpur dan Selangor, Yayasan Sofa Negeri Sembilan (YSNS) kini membangunkan sebuah sekolah maahad yang berasas pendidikan Islam dalam usaha melahirkan golongan ulama profesional.

Penolong Mudir Maahad As Sofa (Hal Ehwal Pelajar), Encik Saifulamrullah bin Mahmud (gambar) berkata, Maahad As Sofa atau Sekolah Menengah Agama As Sofa itu sedang dibangunkan di sebuah kawasan lapang bersebelahan Madrasah Al Hasaniah di Kampung Bukit Sembilan, di sini.

Katanya, ia dijangka menerima kemasukan pelajar pertamanya pada awal tahun hadapan. "Maahad ini adalah sebagai manifestasi Yayasan Sofa Negeri Sembilan untuk melebarkan usaha dakwah serta memperlengkapkan golongan muda dengan ilmu, bukan sahaja akademik tetapi juga agama.

"Pendidikan ini penting dan disebabkan itulah Ahli Lembaga Pengelola Maahad ini bersetuju supaya peringkat permulaan sebanyak 120 pelajar lelaki dan perempuan diterima masuk untuk menduduki sesi persekolahan awal tahun hadapan," katanya di sini hari ini.

Menurut Saifulamrullah, ketika ini struktur pengajian untuk akademik sedang dikemaskini dan pihak maahad bersetuju untuk menerima kemasukan pelajar tingkatan satu, empat dan enam rendah sahaja. Katanya, para pelajar itu akan didedahkan dengan subjek akademik dan thanawi.

"Untuk pengajian 2008, kesemua pelajar yang memasuki maahad ini nanti akan dipastikan mampu menghafaz al-Quran serta diajar nahu, tauhid, hadis, feqah dan sirah. "Mereka juga akan diajar subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab, Pendidikan Islam, Sains, Matematik, Kemahiran Hidup, Sejarah dan Geografi," ujarnya.

Bagi pelajar tingkatan enam rendah, kata Saifulamrullah, mereka akan diberi tumpuan untuk lulus Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) serta mengikuti pengajian Hafiz al-Quran dan Tajwid, Feqah, Tauhid dan Mantik, Tafsir dan Ulumuhu, Hadis dan Mustollah, Nahu dan Sarf, Insyd dan Mutalaah, Adab dan Nusus, Arudh dan Qafiyah serta Balaghah.

" Terdapat penambahan untuk pelajar ini dan mereka akan diberi bimbingan dalam manhaj dakwah supaya apabila keluar nanti, mereka mampu untuk menyampaikan dakwah seperti yang diajar dan mengikut akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah," jelasnya.

Tambahnya, kesemua pelajar ini akan ditempatkan di asrama yang disediakan serta dikenakan yuran permulaan untuk sekali bayaran sebanyak RM100 dan bulanan sebanyak RM250 termasuk makanan dan kemudahan asrama.

"Namun begitu, kita prihatin terhadap kepentingan ilmu dan mereka yang daif. Lembaga telah bersetuju pelajar anak yatim dan tidak berkemampuan akan dikecualikan daripada yuran itu," katanya. Mereka yang berminat untuk mendapatkan keterangan lanjut, boleh menghubungi Encik Saifulamrullah (013-641 7777) atau Mohd. Hanif (019-663 7785), Nurul Huda (019-384 9676) dan Maahad As Sofa (06-4450363).


.......................................................................................................................................

Tarikh : 2007-11-08 20:06:04

BERITA TERKINI YAYASAN SOFA NEGERI SEMBILAN

Bersempena dengan kehadiran Ramadhan al Mubarak 1428 H ini, YSNS melebarkan sayapnya, bergerak selangkah lagi ke hadapan dengan penuh keyakinan dan penuh iltizam dengan hasrat dan cita-cita menggunung, dengan pembukaan semula sekolah / madrasah yang kini diberi nama MAAHAD AS SOFA. Sekolah / Madrasah terdahulu di kenali dengan Maahad at Taufiqi al Hasani Chengkau, kini berwajah baru dengan suasana dan persekitaran yang baru di Kg Bukit Sembilan, 71350 Kota , N. Sembilan.

InsyaAllah , Maahad ini akan mula beroperasi pada Januari 2008 depan. Segala persiapan untuk pembukaan Maahad ini sudah di peringkat akhir dan permohonan ubntuk kemasukan para pelajar baru sedang dibuka sekarang. Mereka yang berminat untuk mendapatkan keterangan lanjut, bolehlah menghubungi Encik Saifulamrullah (013-641 7777) atau Mohd. Hanif (019-663 7785), Nurul Huda (019-384 9676) dan Maahad As Sofa ( Tel/Fax : 06-4450363 ).

Jadual

PENGENALAN :

MAAHAD AS SOFA merupakan sebuah pusat pengajian peringkat menengah yang dikelolakan oleh Yayasan Sofa Negeri Sembilan (No.Pen.0202/04/9). Maahad ini memberikan penekanan kepada pengajian ilmu agama dalam Bahasa Arab, pengajian Bahasa Arab yang efektif dan hafazan ayat-ayat al Quran.

Bagi mencapai matlamat tersebut, maahad ini mengaplikasikan kaedah pengajian tradisi ulama’ yang belajar secara menghafaz matan-matan ilmu dan ayat-ayat al Quran. Di samping itu juga, para pelajar turut diajar dengan mata pelajaran akademik oleh guru-guru yang berkelulusan dan berpengalaman.

Kaedah pengajian ini disediakan khusus bagi para pelajar yang benar-benar berminat untuk menguasai ilmu agama dan Bahasa Arab secara mendalam dan jitu bagi memastikan pelajar keluaran Maahad ini mampu memikul tanggungjawab sebagai ahli profesional Islam yang hebat.

FALSAFAH :

“Membentuk llmuwan Islam
Yang Profesional, Bertaqwa dan Terbilang”


OBJEKTIF :

· Mengaplikasikan disiplin pengajian ilmu Islam yang mantap berdasarkan kaedah tradisi unggul ulama’ silam
· Melahirkan pelapis ulama’ yang benar-benar menguasai Bahasa Arab dan ilmu-ilmu Islam di samping mempunyai akhlak yang mulia sehingga mampu memikul tanggungjawab sebagai seorang ulama’ Ahli Sunnah wal Jama’ah dan menangkis segala fahaman yang batil
· Menjana intelektual Muslim yang peka, bijak dan cekap dalam menangani permasalahan masyarakat luaran dan dalaman
· Membentuk generasi pelajar yang mampu membawa masyarakat kembali menghayati keindahan Islam dan mengamalkan corak murni kehidupan seorang Muslim sejajar dengan al Quran dan Sunnah
· Memacu kemodenan dan pembangunan melalui ilmuan Islam yang profesional dan berwawasan.

PENGAJIAN YANG DISEDIAKAN :

1. TINGKATAN 1 / I’DADI
2. TINGKATAN 4 / THANAWI 1
3. THANAWI 3 (STAM)

Subjek yang di tawarkan

TING

HIFZ AL QURAN
AKADEMIK
I’DADI / THANAWI

TING 1 / I’DADI 1 Juzu’ 1

hingga 6 ·Bahasa Melayu
·Bahasa Inggeris
·Bahasa Arab
·Pendidikan Islam
·Sains
·Matematik
·Kemahiran Hidup
·Sejarah
·Geografi ·Nahu (Matan al Ajrumiyyah)
·Tauhid (Aqidah al Awam)
·Hadith (Arba’un al Nawawiyyah)
·Feqah (Safinah al Najah)
·Sirah (Nur al Uyun)
·Insya’
·Mutala’ah

TING 4 / THANAWI 1 Juzu’ 1 hingga 7 SPM
· Bahasa Melayu
· Bahasa Inggeris
· Bahasa Arab Tinggi
· Pendidikan al Quran dan Sunnah
· Pendidikan Syariah Islamiah
· Sains
· Matematik
· Sejarah · Tauhid (Jala’ al Afham)
· Tafsir (Sofwah al Tafasir)
· Feqah (Nail al Raja’)
· (Tasawwuf) Bidayah al Hidayah
· Sirah (Nur al Uyun)
· Hadith
(Syarh Arba’in al Nawawiyyah)
· Ulum Hadith (al Qawaid al Asasiyyah fi Mustolah al Hadith)
· Ulum al Quran (al Qawaid al Asasiyyah fi Ulum al Quran)
· Usul Fiqh (Syarh Manzumah al Waraqaat fi Usul al Fiqh)
· Nahu dan Saraf
(Tuhfah al Saniyyah)
· Insya’ dan Mutala’ah

TING 6 / THANAWI 3 Juzu’ 1 hingga 5 STAM
· Hifz al Quran dan Tajwid
· Fiqh
· Tauhid dan Mantiq
· Tafsir dan Ulumuhu
· Hadith dan Mustolah
· Nahu dan Sarf
· Insya’ dan Mutala’ah
· Adab dan Nusus
· ‘Arudh dan Qafiyah
· Balaghah MANHAJ DAKWAH
· Sofwah al Tafasir (Juzu’ 30)
· Sohih al Bukhari
· Mafahim Yajibu An Tusohhah
· Jiyad al Musalsalat
· Khitabah
· Terjemahan


SYARAT-SYARAT KEMASUKAN :

TINGKATAN 1 / I’DADI
· Boleh membaca al Quran dan menulis jawi
· Sekurang-kurangnya mendapat 3A dalam peperiksaan UPSR
· Berminat menghafaz al Quran

TINGKATAN 4 / THANAWI 1
· Mempunyai asas Bahasa Arab
· Boleh membaca al Quran dan menulis jawi
· Berminat menghafaz al Quran

THANAWI 3 (STAM)
· Memiliki sijil SPM
· Terbuka kepada semua pelajar sekolah-sekolah agama dan sekolah yang beraliran agama
· Boleh membaca al Quran dan menulis jawi
· Berminat Menghafaz al Quran

KELEBIHAN YANG DISEDIAKAN :

· Pengajian ilmu yang meluas.
Sistem pengajian bersanad. Pelajar yang berjaya menamatkan pengajian kitab yang disediakan akan dianugerahkan sanad dan ijazah. Pengambilan ilmu secara talaqqi. Berpeluang mengikuti Majlis Khatam Sohih al Bukhari pada setiap bulan Rejab.

· Hafiz al Quran
Berpeluang menghafaz al Quran sehingga berjaya menjadi seorang al Hafiz di bawah bimbingan guru al Quran yang berkelulusan dari dalam dan luar negeri.

· Kemahiran Berbahasa
Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab sebagai bahasa pengantar.

· Penterjemahan
Pelajar yang berkebolehan akan dibimbing untuk menjadi penterjemah dan penulis buku.

· Tenaga Pengajar
Tenaga pengajar yang berkelulusan dari dalam dan luar negeri serta berpengalaman

· Program Bersama Ulama’ Dunia Islam
Pelajar-pelajar berpeluang bertemu, mendengar ceramah dan belajar dengan ulama’ terkenal dari Timur Tengah dan Nusantara yang sering mengadakan program ziarah dan dakwah ke madrasah ini.

· Sistem Pentarbiahan Mengikut Salafussoleh
Pelajar ditarbiah membudayakan akhlak salafussoleh dan mempraktikkan amalan-amalan sunat seperti solat sunat, zikir dan wirid secara konsisten dan sistematik.

· Peluang Melanjutkan Pelajaran
Pelajar yang berjaya akan berpeluang untuk melanjutkan pelajaran di mana-mana institusi pengajian tinggi di dalam dan luar negeri seperti Mesir, Sudan, Jordan, Yaman, Syria dan sebagainya.

· Biasiswa
Pelajar yang cemerlang akan ditanggung sepenuhnya untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

· Perpustakaan
Kemudahan perpustakaan yang dilengkapi dengan pelbagai bahan rujukan.

· Kelas Komputer
Pelajar berpeluang mengikuti kelas komputer dan mempelajari kemahiran yang disediakan.

· Kemudahan Penginapan
Penginapan yang selesa dan mempunyai panorama yang indah.

· Penyediaan silibus berdasarkan kepada idea dan seliaan pakar-pakar berikut :

- Al Muhaddith Prof. Dr. Sayyid Muhammad ibn ‘Alawi al Maliki (Pakar Hadith dari Makkah al Mukarramah)
- Al Mufassir Sayyid Ahmad ibn Sayyid Muhammad ‘Alawi al Maliki (Pakar Tafsir dari Makkah al Mukarramah)
- Al Muhaddith Sayyid Muhammad Abdul Ba’ith ibn Ibrahim al Kitani (Pakar Hadith Mesir)
- Al Usuli Dr. Umar Kamil (Pakar Usuluddin dan Ekonomi Islam di Arab Saudi dan Wakil Hubungan Antara Maahad as Sofa dan Universiti al Azhar)
- Syeikh Muhammad Fuad bin Kamaludin al Maliki (Ahli Majlis Fatwa Negeri Sembilan).

YURAN PENGAJIAN :

Yuran terendah disediakan
· Yuran Pendaftaran (sekali) RM 100
· Yuran Persekolahan (bulanan) RM 70
· Yuran Asrama (bulanan) RM 30
· Yuran Makan (bulanan) RM 150

- Tidak termasuk buku-buku dan alat tulis
- Pinjaman buku teks disediakan
- Yuran dikecuali bagi pelajar yang terdiri daripada anak yatim dan yang tidak berkemampuan.

HARI PERSEKOLAHAN

HARI
ISNIN
SELASA
RABU
KHAMIS - SEPARUH HARI
JUMAAT - CUTI *
SABTU
AHAD

Cuti pada hari Jumaat ditukar kepada hari Ahad sekali dalam sebulan pada minggu pelajar balik ke kampung.

PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH :

Pelajar Lelaki
· Baju Melayu Moden warna Kelabu Terang
· Seluar Panjang Hitam
· Kopiah Putih Pendang (boleh didapati di Koperasi Maahad) dan Songkok Hitam
· Kasut Hitam

Pelajar Perempuan
· Baju Kurung Kelabu Terang
· Kain Susun Hitam
· Tudung Labuh Putih
· Kasut Hitam

PAKAIAN ASRAMA
Sopan dan Menutup Aurat

PERMOHONAN :

Permohonan dibuka sekarang. Sesi persekolahan akan bermula pada awal Januari 2008. Pengambilan pelajar adalah terhad. Pelajar yang berminat bolehlah mengisi borang yang disediakan bagi memohon Borang Permohonan Kemasukan Maahad as Sofa kepada:

PENDAFTAR
MAAHAD AS SOFA
Km 35, Jalan Seremban Tampin
Kg. Bukit Sembilan
71350 Kota
N.Sembilan Darul Khusus

Atau,
Menghubungi terus:

Talian kami: Tel/ Faks : 06 4450363
@ Ustaz Saiful Amrullah bin Mahmud – Timbalan Mudir (013 6417777)
@ Encik Mohd Hanif bin Hamid (019 6637785)
@ Cik Nurulhuda binti Yusop (019 3849676)

Saturday, April 5, 2008

Pemuda Masjid Malaysia tubuh pasukan sukarelawan
Roy Rasul
Fri | Apr 04, 08 | 11:18:12 am MYT

KUALA LUMPUR, 4 April (Hrkh) - Dewan Pemuda Masjid Malaysia akan melancarkan penubuhan Pasukan Sukarelawan Pemuda Masjid peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur/Lembah Klang pada 6 April ini di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta.

Menurut Pengarah Eksekutifnya, Mohd Taqiuddin Abdullah, pelancaran tersebut akan disempurnakan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Katanya, dalam satu kenyataan, objektif penubuhan pasukan sukarelawan pemuda masjid adalah bagi menggembeleng dan menggerakkan tenaga generasi muda menjalankan pelbagai aktiviti keagamaan dan kebajikan di samping memberi bantuan kemasyarakatan, kecemasan mahupun bencana alam.

Katanya, seramai 1000 peserta sukarelawan pemuda masjid akan hadir di hari tersebut.

"Sebagai simbolik kekentalan semangat sukarelawan, satu upacara kawad perbarisan akan diadakan dan disusuli dengan bacaan ayat suci al-Quran oleh Amir Rahman.

"Di majlis tersebut juga kami akan menyampaikan hadiah kepada pelajar terbaik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2007, Azali Azlan sebagai Penerima Anugerah Cemerlang Pemuda Masjid," katanya. - mks.

Antara Sumber Kewangan Umno
Dulu, Kini & Selamanya....
Kiriman: No Nama




Salinan surat ini telah beredar di Internet sejak sekian lama dahulu, tetapi elok juga disiarkan semula untuk memberi peluang
pembaca yang tidak berpeluang membacanya sebelum ini. Umno dan Zionis tidak dapat dipisahkan, dulu, kini dan selamanya.